Saturday, August 16, 2008

merdeka?

pada waktu 30 ogos, orang ramai terutama budak2 muda berkumpul di dataran merdeka.nak bagi spesifik lagi,melayu la.apa yang mereka buat berkumpul dan bersesak2 kat dataran?mereka berjemaah melakukan apa agaknya?sepuluh saat sebelum pukul 12 am,mereka ramai2 kira.10..9..8..7..6..5..4..3..2..1..dan jerit (merdeka!merdeka!).kemudian lompatan2 bak kera pon berleluasa..togakan demi togakan minuman haram dilanyak mereka.ini lah dia definisi merdeka bagi generasi baru..bebas sebebas bebasnya untuk melakukan apa sahaja.bagi mereka merdeka ini hanyalah sekadar countdown 10 seconds sebelum ketibaan 31 ogos..hebat2..

merdeka yang kita sambut ini bukanlah untuk kita bebas melakukan apa sahaja. ianya sebagai medium memperingati para pejuang tanah air yang bukan sahaja bermati-matian menuntut kemerdekaan..malah mati terus semasa dalam perjuangan pon ada.bukannya 10 saat mereka menuntut kemerdekaan.kalau kita tengok balik sejarah kita..officially tanah melayu dijajah pada tahun 1511 oleh portugis selama lebih kurang 130 tahun..pastu belanda pon datang..british pon join pulak tapi jepun tolak tepi semua dengan taktik ala2 blitzkrieg.last skali british datang balik ambil alih tanah melayu.campur2 semua..dalam 446 tahun jugak la kita kne jajah.yang paling kecewanya pemimpin2 zaman nenek moyang kita jugak yang panggil penjajah2 ni masuk.macam orang ngantuk disorong bantal.terus penjajah2 ni tido kat tanah kita.zaman skarang ni pon ade pemimpin yang berani nak panggil2 kuasa2 besar campur tangan hal negara.memang tak serik.

kita dapat kemerdekaan secara aman..secara diplomasi.tapi bagi aku sebab itulah kemerdekaan negara kita ini macam dilupakan.dan nak merdeka pon masa tu Tunku kena ikut csyarat orang putih.kalau kita sendiri yang halau mereka..ada kemungkinan kemerdekaan kita dihargai generasi muda.lihatlah bagaimana rusia menentang penjajahan nazi german.walaupun diasak teruk..sehingga ke batasan terakhir rusia di stalingrad,bagaikan spring yang telah dimampat pada takat maksimum,mereka melonjak..menolak dengan keras sehingga askar2 nazi terpaksa berundur.lebih mengejutkan lagi,lonjakan pejuang rusia ini berterusan sehingga mereka pula yang menjajah ibu negara german iaitu berlin.sehingga sekarang seluruh warga rusia menghargai jasa pejuang2 mereka.kemerdekaan mereka bernilai..penuh bergaya dan bermaruah.sudah tentu dengan gembira mereka menghargainya dan bangga bercerita tentangnya.

ada yang berpendapat merdeka dengan darah akan menyebabkan kita mundur.bagi aku tidak.zaman kegemilangan melayu melaka sudah cukup membuktikan betapa modennya tanah melayu walaupun tanpa bantuan penjajah.cuma rajanya yang tak berapa betul(sultan mahmud yang aku rasa tak pikul tanggungjawab dengan betul) dan pengkhianat2 yang membantu memecahkan rahsia kekebalan benteng kota melaka.

jadi sempena 51 tahun kemerdekaan negara ini diharap agar pemuda pemudi terutama yang melayu,cuba menghayati erti kemerdekaan negara kita.jangan bila merdeka je dok terlompat kalah beruk makyea sana sini..gig sana sini..sanjung artis2 tu lebih dari pejuang2 bangsa..lebih dari ilmuan2 negara..lebih dari tuhan sendiri!!habis2 apa pon tak ade.seronok berlebihan je.kena jajah balik baru korang nak tau.baru menggelabah cari cara pemimpin dahulu menuntut kemerdekaan.time tu korang nak cari kat mane?

*sekarang ni pon kepala minda dijajah oleh ideologi barat~

2 comments:

-rye- said...

ko rasa apa ptut dibuat utk ubah mind set kite semua spya stiap kali merdeka xkan terpikir kt countdown 31 ogos,jerit2 merdeka,konsert2 merdeka,larian merdeka,kibar bendera je?seyes kalau sebut perkataan 'merdeka' je mst pk benda2 tu..drp kecik smpai bsr dh cmtu..mau x trun ke anak cucu,,

Burger Dale said...

erm..apa kate wat sumting yang org akan rase suffering b4 merdeka?aku pon still x come out dgn idea ape yg patut kte implement.yg pnting kne cpat sblum anak kita nnt pon pk mcm yg ko pk tu.permanent mind set pulak jadinye.

Related Posts with Thumbnails