Friday, August 15, 2008
senioriti dalam masyarakat..suka makan garam
kata2 orang2 yang telah veteran di dalam dunia ini yang sering dilemparkan kepada aprentice2 di dalam dunia ini-->'aku lagi lama hidup dari kau,dh MAKAN GARAM dulu dari kau,kau muda lagi..ape yang kau tau?'
aku agak tak bersetuju..bukan2..tak setuju langsung dengan kata2 ini.terlampau egoistik dan sangat2 pikir bagus. walaupun kami anak2 muda masih lagi kurang pengalaman, tetapi tidak bermakna kami tidak boleh buat lebih baik dan bagus daripada pak2 veteran. malahan kami berupaya melakukan sesuatu berlipatkali ganda lebih bagus daripada mereka. mungkin salah satu sebab mengapa mereka tidak mahu memberi peluang kepada anak muda ialah kerana mereka malu dan enggan menerima apabila anak muda ini dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik daripada mereka.adalah lebih baik jika ditolak ketepi perasaan ego itu demi kebaikan manusia sejagat.nak tak nak kami yang muda2 ni akan ambil alih juga tanggungjawab yang selama ini mereka pikul.cukup2 la tu.bawak2 berehat saja.
satu lagi ayat..ni bila mereka marah, dialog sebegini akan terhasil:
orang tua:hoi!kenapa kau blablabla(marah3)!!!??
orang muda:sebab blablabla(alasan diberi)
orang tua:cis!!berani kau menjawab!!!??<--(bukan kau suruh ke tadi?)
dah ditanya, mesti la kita jawab..tu pon ditengking. apakata kita diam?ni pulak reaksinya:
orang tua:hoi!kenapa kau blablabla(marah3)!!!??
orang muda:.......(diam saje sudey)
orang tua:hoi pekak ke bisu??aku tanye ni!!!
keadaan inilah yang berpotensi menyebabkan orang tua itu diterajang masuk longkang.tetapi atas dasar respek,hormatkan yang lebih tua..maka kaki dan tangan terdiam kaku.mari kita lihat apa yang jadi selepas ini(dua2 keadaan boleh masuk):
orang tua:kau ni tak hormat langsung kat orang yang lagi tua dari kau??yang makan garam dulu dari kau??
jika orang muda ni terajang orang tua,dia akan dilabel tidak hormat orang tua.jika orang muda ni tak buat apa-apa,dia tetap dilabel tidak hormat orang tua.jadi ape yang dia perlu buat?bunuh diri?atau bunuh orang tua itu?dua2 pun tak betul.maka hiduplah orang2 muda dalam kekeliruan..antara adab dan maruah..antara betul dan salah. fikir2kan lah..bukalah minda..kata dah makan garam lagi awal..mesti la bagus kan?kami memang tak makan garam dulu,tak makan pon kot..sebab kami makan nasik dengan lauk.kalau chipan,makan lauk lemak.kan?
*gila ape makan garam?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
fuh..apabila paden membuat luahan rasa..cayalah..org tua2 ni kita kata tua, sentitip lak die..tp x sume la org tua cm dlm cte ko tu..ada gak yg baek..(ni nk msejukkan keadaan je)..padahal aku pun pernah je tensen dgn org tua2 yg duk rasa dia betoi spjg mase tu
memang betul bukan semua.tapi aku tujukan kt semua supaya yang baek akan terus baek dan yg tak berapa baek tu akan berubah positif?tul tak rye?=D
Post a Comment