Friday, August 1, 2008

apa nak jadi..

melayu telah sekian lama hidup dalam zon selesa ataupun dlm englishnya 'comfort zone'.contohnya,tidak perlu belajar bersungguh2 untuk masuk ke ipt.result tak seberapa pun melayu boleh masuk belajar dalam universiti (ipta).sedangkan kaum lain bertungkus lumus kerana mereka tidak mempunyai ruang yang luas seperti melayu dan bumiputra.bukannya hendak menidakkan hak bumiputra,tetapi hal ini telah menjadikan kita fikir usaha yang berlebihan hanyalah sesuatu yang membuang masa dan tenaga.lihat saja perangai2 bumiputra terutamanya melayu di ipt.kebanyakkannya bukan nak belajar.sekadar nk enjoy2 dgn rakan2 yang sekepala sama.tak salah nak enjoy2,tapi ada had2 dan batas yang perlu diikuti.bila ditanya pelajar2 ini,ramai yang mengulang semula subjek2 kerana gagal.bukannya ulang sekali,kadangkala sehingga 2 hingga 3 kali repeat subjek sama(kakak aku bgtau).tak ke buang masa namanya?buang duit jugak tu.dan sekali lagi,siapa yang banyak buat hal?kaum kita juga.semua gara2 hidup dalam comfort zone.tak ada langsung perasaan untuk bertanggungjawab terhadap masa depan diri,bangsa dan agama.

alasannya,tak sempat belajar kerana sibuk sangat.sibuk apa?orang cina boleh saja dapat result bagus2.tuhan dia bagi 35 jam sehari ke?ternyata tidak.24 jam semua orang.ape yang mereka sibukkan hanyalah hiburan yang berlebihan.keluar sana sini,joli la ape la.alasan?release tension.ape yang di tensionkan pun tak tahu la.ada baiknya jika masa yang digunakan berlebihan untuk enjoy digunakan untuk belajar.separuh belajar separuh enjoy.kan lebih baik daripada enjoy berlebih2 nak release tension yang tak wujud sebenarnya.

satu lagi,penyakit malas.ni antara yang paling kritikal tahap dia dalam kaum kita.kerja yang dipertanggungjawabkan ditangguh2.'lek ar..lambat lagi nk hantar' ialah antara ayat2 yang sering diucapkan.sampai la masa tu dah tak ada,baru la terkedek2 nak buat.tak tido malam..tiru hasil susah payah orang lain.memang aku cukup anti benda2 camni.susah2 kita buat,dia nak ambik senang2 tak payah usaha.ada la sikit kot usaha,usaha cari kita n salin.

kesimpulannya..kita bumiputra esp melayu haruslah sedar diri sikit.kita tak boleh kekalkan comfort zon ini kalau perangai tak berubah.dah diberi kemudahan berlimpah2 tapi taknak guna sebaik-baiknya.rugi2...jangan sampai dijajah kembali.dah cukup kita merana kerana kesilapan nenek moyang kita.fikir-fikirkan..

2 comments:

nahar said...

ANDA bumiputra? jadi bagaimana ANDA harus ubah pada diri ANDA?

Burger Dale said...

ya memang aku bumiputra.buat masa ni aku telah menggunakan peluang dengan agak baik.tapi aku yakin ape yang aku lakukan ni masih belum cukup.usaha aku akan teruskan supaya duit2 rakyat tak bazir sia-sia.at least aku kena berbakti melalui bidang aku untuk negara

Related Posts with Thumbnails