Monday, September 15, 2008

benteng terakhir melayu

cubaan untuk memberi kuota 10% kepada non-bumi untuk masuk UITM betul2 telah membuatkan para penghuninya mengamuk dan tunjuk perasaan telah dilancarkan. kenapa mereka menjadi agresif? sebabnya UiTM boleh dikatakan sebagai benteng terakhir melayu. kalau tiada UiTM, orang2 melayu akan kekurangan orang yang berpendidikan tinggi.

pada mulanya..aku tak penah fikir pon ia sebagai benteng terakhir melayu. dan aku juga pernah fikir dan berpendapat bahawa tiada persaingan untuk orang melayu masuk UiTM merupakan penyebab muda mudi melayu hidup dalam 'comfort zone' lebih2 lagi tak perlu kelulusan tinggi kalau nak masuk universiti. bila aku meluahkan pendapat aku kepada rakan2 agar IPTA dibuka untuk semua, ada yang mengatakan bahawa nanti hanya tinggal sedikit sahaja orang melayu yang dapat pendidikan tinggi akibat kaum2 lain yang lebih tinggi kelulusan secondary mereka (mostly warga cina) berbanding orang melayu akan memenuhi IPTA.

aku fikir kembali..kenapa kelulusan orang melayu rendah berbanding kaum lain? sedangkan apa yang dipelajari adalah sama dan peperiksaan kertas sama. dan masa untuk belajar juga sama? ini mungkin sebab 'comfort zone' yang membuatkan mereka lena. mereka seronok dengan hiburan, rempitan sana sini dan pelbagai masalah sosial tatkala bangsa lain belajar bagaikan dahaga ilmu. akhirnya kelulusan secondary mereka tak sehebat bangsa lain. walaubagaimanapun, mereka boleh lagi meneruskan pendidikan di universiti.

setelah aku membaca sana sini, bincang sana sini, pikir2..akhirnya aku rasa aku ada jawapan untuk masalah ini. aku boleh setuju untuk tidak membuka sedikit ruang pun untuk non-bumi masuk UiTM. tetapi ada syarat yang patut diguna pakai. kemasukan pelajar masih boleh menggunakan cara sama. tetapi bila dah belajar di dalam, kita patut ubah sikit. ketatkan sistem pembelajaran. tinggikan benchmark CGPA. sesiapa yang tidak dapat melepasi benchmark untuk beberapa kali dalam tempoh pengajian perlu ditamatkan pengajian mereka.nampak keras tetapi ini yang amat diperlukan supaya orang2 melayu akan menuntut ilmu bersungguh2 walaupun tanpa saingan kaum lain dalam universiti. peluang2 untuk belajar di IPTA tak patut dibazirkan kepada orang2 yang tidak mahu belajar. bazir duit rakyat saja nak bayar kos pendidikan mereka. biar produk2 IPTA ini menjadi produk yang sangat2 berkualiti dan boleh menjadi benteng melayu terkuat, impenetrable by others.

jadi aku harap perubahan drastik dalam pihak kita sendiri perlu berlaku. revolusi ke arah sesuatu yang lebih berkesan, bukan mengekalkan takuk lama yang dah tak boleh diguna pakai.

p/s: knowledge is the key to success in any endeavor.

11 comments:

-rye- said...

kalau uitm benteng terakhir melayu, aku malu nk mengaku diri nie melayu (even though x 100% melayu tulen,tp dlm ic aku melayu k)...kalau uitm itu gah di mata dunia, barulah nak kata benteng terakhir melayu..bukanlah nk merendah2kan kemampuan uitm, tp uitm tidak selayaknya dikatakan 'benteng terakhir melayu'.dan pelajar2 melayu tidak perlu la buang masa buang keringat duk wat demonstrasi kunun nk jaga benteng terakhir melayu tu..lebih baik fikir cmne cara nak nak tingkatkan kualiti uitm drp duk risau pasal kemasukan non-bumi...kalau sampai buleh buktikan bahawa tanpa pelajar non-bumi, uitm mampu berdiri gah di persada dunia, bru la patut nk demo spya benteng terakhir melayu dipertahankan...beginilah nasib bangsaku...aku pun terkadang begitu jua....

Burger Dale said...

setuju.sepatutnya benteng terakhir mestilah sesuatu yang btul2 kuat, sesuatu yang memang sangat susah ditembusi atau paling sesuai sekali, sesuatu yang boleh melindungi kita. kalau produk uitm tak sehebat bangsa lain, macam mana nak melindungi bangsa sendiri? sepatutnya diadakan demonstrasi bertujuan memperhebat graduan2 uitm sendiri. barulah dapat menjadi benteng terakhir sejati bangsa kita

penulis.sahaja said...

aku dah agak dah jawapan2 mcm ni akan terpancut keluar oleh org2 luar. bukan warga uitm. aku pon dulu bukan nak sangat masuk uitm nie. tp di sebabkan aku nak tgok sendiri perbezaan Uni yg ada non-bumi dan Uni yg hanya Bumi. aku dah merasa duduk di UM. IPTA yg gah di Malaysia. Gah? aku hanya mampu senyum. Kolej kediaman satu di UM, 60% ialah bangsa asing. Mostly cina. mereka kuat. pergi sana sini sekali. baju sama. melayu mana? ajak pergi ceramah psal ketuanan melayu pon x ramai yg pergi. aku terfikir sejenak. apakah budak2 kat U laen pon sama. so, aku amek keputusan untuk ke UiTm slepas PASUM. sebelum ni aku bayangkan Uitm ni penuh dengan mat2 rempit, ktor. budak2 kampung. ternyata semua tuh salah. dekat sini aku ley jumpa semua jenis bumiputera. unite. setiap program yg di anjurkan tidak pernah kosong. mesti ada yg datang. IPT mana yg ada kesatria negara? UiTm ada. dia bukan sebarang Kokorikulum, kesatria negara di tubuhkan untuk menjadi askar simpanan negara jika negara di timpa musibah. di wajibkan untuk semua pelajar sekurang2nya satu semester. ipt mana yg masih kisah tentang anak cucu mereka setelah 10 tahun mendatang? aku mengaku, UiTM tidak lah sehebat korunk2 yg berada di UTP. bijak, pandai. tp aku nmpak, kesungguhan kawan2 aku, senior2 aku untuk memperbaiki hidup mereka. kalau budak2 uitm teruk, takkan la ada yg dpt tajaan JPA, TNB, TELEKOM untuk meneruskan pengajian di sini?
benar term "benteng terakhir melyu" itu nmpak amat kasar. tp dimana lagi kita nak cari kekuatan org2 melayu yg Unite segala benda. setiap gerakan ada maksudnya. IPT mana lg yg melayunya berhimpun memikirkan segala masalah anak cucu? jgn menerjah tanpa mengkaji. buang masa melakukan demo? demo itu sendiri telah menunjukkan betapa sayangnya warga2 uitm kat UiTM[aku guna term warga sebab bukan semua pelajar yg ikot, ada jugak staf]. tentang kualiti UiTM. korunk try la search kat google ke yahoo ke. pelajar lepasan UiTM berada di ranking paling atas dalam pemilihan untuk bekerja oleh majikan swasta. lecturer aku sendiri kata, budak2 uitm bukan dilatih untuk ke sektor kerajaan, mereka lebih ke sektor swasta. kalau aku berada di luar uitm pon maybe aku akan bercakap seperti korunk. tp inilah hakikat. korunk perlu rasa sendiri apa yg kami rasa. kami bukan mempertahankan sesuatu yg sia2. bangsa cina india dok tunggu masa ja nak robohkan benteng, yg kita sama sendiri pon nak gaduh. masih mempertikaikan apa yg orang laen buat untuk anak cucu korang. kami kat sini sentiasa menganalisis politik semasa. gerak geri bangsa lain sentiasa diperhatikan. kami bukan menyerang MB selangor. kami risau MB selangor dijadikan BONEKA bangsa laen. jgn kerna harta, kita tersadai. jgn melatah tak tentu pasal. segalanya ada sebabnya.

Burger Dale said...

betul gak tu apit. maybe sebab aku tak nampak sebab aku duduk luar. tapi ape yang penting, sebagai benteng melayu..aku harapkan yang terbaik daripada warga UiTM semua. memang ada yang top, dapat tajaan hebat2. tapi nak banding dengan jumlah student UiTM yang massive, aku rasa masih sikit yang capai tahap tu, tak cukup. atleast sebagai benteng, aku rasa 60% student perlu keluar dengan kelulusan hebat dan solid. orang kata akademik bukan segalanya tapi sikit saja yang kita boleh achieve jika tak guna ilmu dalam dunia sekarang. student UTP mase nak masuk je result gah..tapi lama2 merosot. tapi mesti pelik bila kata over 90% employed tak sampai setahun after grad. ini sebab yang tak menjadi awal2 petronas terminate. tinggal yang betul2 committed untuk menuntut. aku nak macam tu la jadi kat IPTA. yang taknak belajar tak perlu la kita bagi peluang. mungkin diorang minat bidang lain. contoh macam kau, kau ada kate nak bagi segulung ijazah kat parent biar ceria hari diorang. orang macam kau la kita patut kekalkan. orang yang bersemangat untuk study. aku tak kata semua student IPTA teruk,semua rempitan sana sini. mesti ada punye yang struggle sebab tersilap langkah masa dulu. yang teruk2 ni aku nak sangat eliminate diorang sebab diorang la punca nama benteng kita tercemar dan tak layak langsung dipanggil benteng. aku cukup bangga bila korang stand untuk pertahankan hak. tapi cuba kau pikir untuk apa segelintir yang 'tak menjadi' ni pertahankan hak bila hak yang ada tak guna betul2. ko paham kan apit? aku harap kau sebagai warga benteng bangsa kita cuba buat sesuatu untuk realisasi apa yang aku cakapkan sebab kami tak boleh buat apa2 dari luar, dari universiti kami. harapan kat member2 yang menjadi warga pertahanan bangsa saja boleh kitorang berikan. semoga kita tak dijajah di tanah sendiri.

Burger Dale said...

lagi satu..kami takde kesatria negara sebab kami hanyalah 'askar' untuk petronas.hanya bertindak atas dasar kepentingan syarikat atau lebih sesuai dikatakan sebagai aset petronas. diorang takkan gadaikan aset.tapi sebagai warga malaysia aku harap sangat dapat join kesatria negara. boleh berbakti untuk negara. tapi tu hanya keistimewaan untuk warga UiTM. maybe kalau negara ditimpa musibah macam perang, aku akan tubuhkan national resistance movement yang bergerak underground untuk support pejuang macam korang semua =)

-rye- said...

betul gak membe ko ckp paden, somehow kite org luar ni xtaw sgt ape jdk...orang kata UITM = universiti ini tolong Melayu.skrg nie, perkara pokoknya bukan pasal nk komen balas tindakan warga uitm yang demonstrasi tu,tapi sebaliknya untuk mencari langkah paling baik spya kita semua orang Melayu betul2 menghargai apa yang kita ada.UITM salah satu drpnya la sbb tanpa UITM, mna lagi orang2 Melayu yang dahagakan ilmu nak dpt pendidikan..ble baca komen kawan ko nie,aku paham la..kita xnak 10% kemasukan non-bumi tu bukan sbb xnak bersaing, tp xnak peluang anak2 melayu yang lain utk mndpat ilmu tertutup.akan tetapi, anak2 melayu yang bertuah yang dpt masuk uitm tu pun, kena la menghargai uitm sebaik mungkin,jadikan UITM gah..supaya orang bangsa lain x kata, orang2 Melayu ni berjaya sebab UITM tolong,sbb kerajaan tolong,kalau suruh bersaing xmampu..kita xnakla cmtu kan..aku pun dlu dpt offer wat asasi undang2 kat UITM..at first aku pndg rendah UITM, sbb masa tu target aku law UIA..sampaila ble auntie aku yg kerja lawyer tu ckp,produk2 UITM bukan calang2..even though ada jgk yg xdpt kerja, tp kalau betul2 belajar, produk UITM pun hebat2 sbnrnya..apa yg ptg, kita xperlu cepat melenting la ble isu hak2 Melayu dibangkitkan..kena tgk drp semua aspek..kita kat UTP nie pun sptutnya menghargai apa yang ada..kita semua pun masuk UTP, dapat scholar pun sbb PETRONAS mmg tetapkan kuota untuk anak2 melayu..sbb tu kalau banding dgn IPTS lain,kat UTP nie Melayu ramai..kalau masuk MMU ke, x mcm utp..yang mendominasinya bukan Melayu..kita seharusnya mhargai peluang dan amanah yang diberi kpd kita..dpt masuk UITM, dpt masuk UTP atas dasar kita anak melayu, seharusnya kita sdar peranan dan tanggungjwab kita..tbe2 aku teringat pesan pacak masa MAS dlu..insaf weyh..bangga aku jd Melayu, beruntung aku zaman aku nk menuntut ilmu, hak2 utk Melayu masih terjaga..zaman anak2 kita nti, cmnala..kita la yang kena tentukan...

penulis.sahaja said...

pandangan korunk memang bernas2. aku setuju semua. bukan apa. aku emo sket sebab aku xnak la anak cucu kita rasa seperti nenek moyang kita dulu. org kata biar lah dasar ekonomi baru ni di bubarkan, biarlah org melyu ni berusaha seket nak bersaing dengan bangsa laen. betulkah? bagi aku, ini semua perlu pada masa yg sesuai. kalau DEB di bubarkan pada waktu ini, kemana melayu akan pergi? kuat sangat ke melayu sekarang? aku rasa kalau DEB di bubarkan sekarang, belum tentu melayu dapat survive dalam ekonomi. biarlah di masa waktu melayu sedang gah dengan ekonomi kita, sedang gah dengan potensi kita dan yakin tidak akan ada apa yg dpt merobohkan lagi benteng kita. pada waktu itu, kita tidak mungkin akan takut lagi dengan segala cabaran bangsa lain. dan siapa yg menentukan itu? kita lah penentunya. bantulah rakan2, kawan2 anda. jangan lah korunk penting kan diri. semuanya berbalik kepada kita sendiri.

adamneve said...

aku menentang keras kalau uitm dibuka kepada non bumiputera...nie aku nk tambah sedikit tentang pandangan aku..bagi aku..kalau nk kate dari segi akademik,mmg la ade pencapaian budak2 uitm yg boleh dibanggakan..tapi kalau berbalik kepada akar umbi aku rase majority pelajar uitm mempunyai mind set yg rendah...aku bukan la nk merendah2 kan pelajar uitm..tetapi aku rase mind set nie penting untuk menentukan di mana kedudukan bangsa kita ..sumtimes aku sedih dgn mind set kebanyakan pelajar U.kesedaran untuk memajukan bangsa sendiri semcm kurang..kalau ade pun maybe sebilangan kecil. kalau kite tgk..uitm nie boleh dikatekan hub penghasilan produk melayu..yang mane korg sendiri pun ade mention yg korg malu nak mengaku melayu kalau uitm ini benteng terakhir org melayu.bg aku..uitm x bersalah..yg bersalah ialah mind set budak2..mind set nie bukan kita boleh set dalam jangka mase yg pendek. ianya bermula di rumah oleh parents2 dan juga di zaman sekolah x terkecuali melalui persekitaran..so..aku rase persekitaran di uitm nie buat sesetengah pelajar uitm hanyut.x dinafikan kalau kite bukak kat bukan bumiputera maybe daya saing akan bertambah dan comfort zon untuk org melayu akan berkurang .maybe derang akan sedar..tapi kite org melayu masih dilema.kalau bukak kat bukan melayu takot hak kite terancam..kalau biarkan aje.nanti graduan makin teruk.so sekarang nie..kite kene pikir care untuk menukarkan mind set derang tanpa perlu bukak 10 peratus kuota kepada org bukan bumiputera

adamneve said...

owh..maybe solution yg paden nk ckp kepada persoalan aku di atas ialah dgn naekkan grade ataupun cgpa budak2 uitm nie..tapi itulah die.kalau kite implementkan naik la mcm mane pun grade tapi kalau mind set x betul..x gune gak..kalau kite implement kan care paden cakap..ade pro n cons..pro die ialah:budak u yg betol2 nk study je akan stay kat uitm..tapi in other hand..kalau kite buang budak2 yg terok yang x achieve grade yg ditetapkan..maka makin bnyk la budak2 melayu yg merempat..x sambung study..end up..melayu makin mundur.so conclusion aku..ubah mind set mereka2 nie...

Abir Abhar said...

erm, pengalaman aku kat MRSM yg konon-kononnya dibuka untuk memajukan anak2 melayu dah byk membuka mata aku. Konon2 MRSM dibuka 10% utk non-bumi sebagai medan persaingan untuk pelajar2 Melayu. Akhirnya, kat MRSM pelajar Melayu je yg menghuni ranking2 bwh. Bangsa lain paling teruk pun top 50 drpd 360 org. Jadikan ape yg jd kat MRSM sbg contoh..
Tak payah nak buat alasan wujudkan persaingan, sebab bangsa Melayu ni x sedar2 diri. Asyik dlm mimpi je. Kalau Uitm nak open, rasenya pasni xde ape dah untuk kita banggakan. Mane ade Universiti khas untuk bangsa kita kan? So kita kena pertahankan apa yang dah jadi identiti kita. UITM patut dipertahankan walaupun penuntutnya sendiri masih lagi x sedar dek untung.

Burger Dale said...

to adam:
maybe it's a matter of time. bila baru implement sistem yang ketat, mesti ramai yang tak lepas. tapi intake2 seterusnya nampak impak drastik tu, nampak betapa susahnya nak grad baru la kesungguhan mereka nak study timbul. bak kata orang, kita kena berkorban demi untuk mencapai sesuatu dgn kata lain yang awal2 mmg jadi sacrifice la walaupun kenyataan tu agak kejam.only the strongest lives.

to abir:
abir seorang lagi witness yang nampak kesannya. kiranya buat masa ini memang nampak sangat mindset melayu amat lemah.weak minded.kena ade sumting yang push orang melayu ni dari belakang.jadi sebelum nak bersaing dengan orang lain, baik bersaing sesama sendiri dulu atau sesama sistem yang ketat.=)

Related Posts with Thumbnails