Thursday, September 18, 2008

dari enambelas ke duapuluh

tak sampai seminggu sebelum 16september, pihak PR telah menunda tarikh sasaran untuk membina sebuah federal government baru di malaysia iaitu tambah 4 hari (20 september).

sebenarnya tak banyak aku boleh ulaskan untuk post kali ini. apa yang aku tahu, taktik pihak PR ialah untuk membuat beberapa para MP barisan nasional untuk 'lompat' masuk menyertai Pakatan Rakyat sekaligus membolehkan PR memperoleh mandat majoriti.

kemungkinan besar DSAI telah berjaya memujuk MP-MP ini menyertai kerajaan barunya. apa pun, masih terlalu awal untuk berkata apa2. sebagai seorang yang hanya memerhati 'pertaruhan' ini dari tepi, aku cuma boleh katakan kedua-dua pihak berada dalam situasi 'stalemate' di mana tidak mustahil pihak BN juga boleh melaksanakan taktik yang sama sekaligus meranapkan harapan PR jika mereka berjaya.

walaupun aku tak suka ayat 'tunggu dan lihat' , tetapi kali ini terpaksa juga aku katakan kerana pertaruhan kali ini aku lihat sukar untuk diramal. apa pun, aku harap yang terbaik daripada pemimpin2 ini. jangan dah dapat kuasa..mula leka..rakyat derita. laksanakan amanat rakyat ataupun tunggu saja amarah rakyat dilaksanakan ke atas yang tidak bertanggungjawab.

pertaruhan kali ini bak kata Winston Churchill :

"No one can guarantee success in war, but only deserve it."

"tiada siapa yang boleh jamin kemenangan dalam perang, hanya boleh mengecapinya (kemenangan) sahaja"

p/s: 1234, hope you satisfy with the post. continue reading my writing. =)

12 comments:

-rye- said...

bak kata Naib Presiden Pas,Muhammad Sabu, politik 'lompat parti' nie xleh menjamin apa2 la..boleh jd BN lompat ke PKR,x mustahil juga yang PKR lompat ke BN..kalau tgk cte Jepun yg takuya blakon tajuknye Change tu pun, dlm usaha nk membolehkan dia jd Perdana Menteri Jepun, taktik lompat parti atau meraih sokongan drp wakil rakyat parti lawan juga digunakan...tapi itu cerita Jepun, takuya plak hero nya,, mmg sng2 la leh jdkan dia PM..tp utk DSAI aku rasa x semudah itu..x semudah 16 September mahupun 20 september..apa2 pun, Pak Lah dah serahkan portfolio Menteri Kewangan kepada Najib..persediaan untuk peralihan kuasa nampaknya..

Burger Dale said...

diharap agar cepat2..diharap biar pemimpin yang lebih agresif dan future minded akan mengambil tampuk pemerintahan. klu Tun M naik lagi best! tapi agak sukar la buat masa skarang ni.hehe

adamneve said...

aku berharap 20 september nie x jadi kenyataan.bukan ape..aku rasekan negara kite akan tergadai kalau dsai jd pm..ura2 mengatakan bahawa kalau dsai jd pm lim kit siang jadi tpm...aduhh..parah ranap jadi nya..ape yg penting bagi aku...kerajaan yg dapat menjamin keselamatan dan kebajikan rakyat..barisan nasional masih rasional..cuma paklah yg tidak rasional...hidup KULI!!!!!

Burger Dale said...

tahniah la kalau lim kit siang jadi tpm. aku memang ucap tahniah byk2 kat sape2 yang sokong DSAI tuh. sekarang ni harap Ku Li dgn Tun M untuk pulihkan BN.mintak2 dorg tolong masa depan kita.amin~

adamneve said...

aku sedih gak bile ramai org melayu especially remaja x kesah kalau semua kaum mendapat hak yang sama rata..bagi aku mereka nie buta sejarah..aku nie bukan la racist.tapi aku ingat lagi pesan cikgu izaheri iaitu cikgu sejarah aku yg bangsa melayu ini telah dijajah selama beratus tahun..dan untuk mencapai kemerdekaan kite sanggup terima cina dgn india tetapi dgn syarat yg telah ditetapkan iaitu rperlembagaan bertulis.kite ini memang baik sebab menurut ape yg aku bace melalui penulisan tun v t sambathan die mention yg org melayu sanggup terima mereka walaupun negara mereka sendiri iaitu ceylon dan india x terime mereka dah..so..mungkin ade yg kata dah 50 tahun merdeka maka semua kaum berhak dapat hak sama rata..aku nk tanya kat korang..adakah 50 tahun tuh boleh disamakan dgn tempoh keperitan 500 tahun datuk nenek kite di jajah.ok..fine.kalau nk sama rata jugak.kita implement negara kita macam indonesia..cina dgn india kat sane kene buang identiti derang..contoh la.name mamat nie dulu lim ah seng..tapi sebab die nk duduk indon gak mase indon nk merdeka..die kene tukar name die mungkin sebagai suntoloyo dan buang terus name cine derang dan juga bertutur seperti org indon baru mereka dapat hak sama rata dengan orang indon.tapi di malaysia.kita x amal kan penghapusan etnik.tapi kite cume tetapkan perlembagaan kerana kite merupakan tuan rumah..sekali lagi.aku nk tegaskan aku nie bukan racist.tapi aku belajar melalui sejarah.aku x nk tgk anak bangsa sendiri merempat di tanah tumpah sendiri.

adamneve said...

aku sedih gak bile ramai org melayu especially remaja x kesah kalau semua kaum mendapat hak yang sama rata..bagi aku mereka nie buta sejarah..aku nie bukan la racist.tapi aku ingat lagi pesan cikgu izaheri iaitu cikgu sejarah aku yg bangsa melayu ini telah dijajah selama beratus tahun..dan untuk mencapai kemerdekaan kite sanggup terima cina dgn india tetapi dgn syarat yg telah ditetapkan iaitu rperlembagaan bertulis.kite ini memang baik sebab menurut ape yg aku bace melalui penulisan tun v t sambathan die mention yg org melayu sanggup terima mereka walaupun negara mereka sendiri iaitu ceylon dan india x terime mereka dah..so..mungkin ade yg kata dah 50 tahun merdeka maka semua kaum berhak dapat hak sama rata..aku nk tanya kat korang..adakah 50 tahun tuh boleh disamakan dgn tempoh keperitan 500 tahun datuk nenek kite di jajah.ok..fine.kalau nk sama rata jugak.kita implement negara kita macam indonesia..cina dgn india kat sane kene buang identiti derang..contoh la.name mamat nie dulu lim ah seng..tapi sebab die nk duduk indon gak mase indon nk merdeka..die kene tukar name die mungkin sebagai suntoloyo dan buang terus name cine derang dan juga bertutur seperti org indon baru mereka dapat hak sama rata dengan orang indon.tapi di malaysia.kita x amal kan penghapusan etnik.tapi kite cume tetapkan perlembagaan kerana kite merupakan tuan rumah..sekali lagi.aku nk tegaskan aku nie bukan racist.tapi aku belajar melalui sejarah.aku x nk tgk anak bangsa sendiri merempat di tanah tumpah sendiri.

Abir Abhar said...

DSAI tak fikir masa depan. Dia fikir pasal diri dia je. Tak taula dendam ke ape ke.. Yang penting, dia tak fikir pasal bangsa kita. Cuba bayangkan, pada mulanya je Anwar jd PM, nanti secara x sedar, pengganti anwar pastinya bukan bangsa Melayu. Anwar sebenarnya dipergunakan juga tanpa dia sedar. Dia ingat dia dapat sokongan Pakatan RAkyat. Tapi sebenarnya, DAP contohnya mesti nak kuasa juga. Cuba tgok negeri2 yang pembangkang pegang, MB jadi boneka je. plg obvious kat Perak ni. Nmpak sgt Orang Melayu ni buta. Depan mata terang2 tak nampak lagi. takkan nak tunggu bangsa kita kena sepak dari tanah air kita baru nak sedar?
DSAI sepatutnya satupadukan Melayu. Memang la Pak Lah tuh bukan pemimpin yang baik, tapi at least Kepentingan Melayu tetap terjaga. Semoga Melayu sedar. Aku taknak hilang hak2 melayu. Tolonglah cari formula lain.

ShafiqaShahirol said...
This comment has been removed by the author.
ShafiqaShahirol said...

20 september brlaku atau tdk, xtaula aku.. skrg ni Pakatan dh usulkn hal ni kt yg dprtua agong.. kalau Seri Paduka stuju untuk nasihatkan pak lah, utk panggil sidang khas Parlimen untuk berdepan dengan usul tidak percaya yang akn dibentangkan oleh Pakatan, aku rse 20 september ni xmustahil.. jgn slh anggap aku ok, aku xsokong mne2 phak..aku xhrp mne2 pn brlaku.. tp kalau la PKR dpt gulingkn kerajaan, mksdnye btulla pndpt sorg pnulis ni knpe BN tewas dgn DSAI..bcela ape yg pnulis 2 ckp kt bwh ni..

8 faktor BN tewas lawan Anwar:

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.

gula-gula said...

wow..politics..
malas ikot..:)

Burger Dale said...

jangan malas ambik tau psl issue kat negara kita ni. mase dpn nnt kita tau cmne nk handle kalau2 situasi cm skang ni berlaku.=)

-rye- said...

he he...
malas ikut sebab malas pikir banyak,kunun xde kaitan sgt dgn kite..sekarang umur dh 19,lg 2 tahun je n masa tu dh kena pikul tgjwb dh..mmg keadaan politik kite skrg x agak kucar-kacir,tp kite harus tahu so that ble sampai masa kite nanti,kite boleh mainkan peranan dgn btul

Related Posts with Thumbnails